1. NAMA KURSUS HADITH  I
2. KOD KURSUS QSF3043
3. PENSYARAH
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini direka untuk pelajar tahun tiga bagi membina kefahaman pelajar tentang Hadis dalam pelbagai bidang, memahami serta meyakini Hadis sebagai sumber asas kehidupan muslim disamping membentuk jatidiri pelajar dengan mempraktikkan hadis dalam kehidupan harian mereka..
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 5/ Tahun 3
6. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT) Perjumpaan bersemuka:

K T P L
28 28 3

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Jam Bimbingan dan Pembelajaran Kendiri:

28+28+3+58 =117

7. NILAI JAM KREDIT 117/40= 2.92 (3 Kredit); 2+2
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS 1.     Melatih para pelajar menggunakan sumber asli hadis melalui kitab-kitab ulama terdahulu.

2.     Memberi kefahaman kepada pelajar tentang cara mengeluarkan pengajaran dan hukum-hukum daripada Hadith.

3.     Memperkenalkan pelajar dengan sumber-sumber rujukan utama dalam hadis serta mempelajari cara merujuk kepadanya.

10. HASIL PEMBELAJARAN Setelah menghabiskan kursus ini, para pelajar berupaya untuk:

1.     Menjelaskan kefahaman terhadap hadith-hadith yang berkenaan dengan topik-topik tertentu serta metodologi ulama dalam memilih dan menyusun hadis tersebut. (C2)

2.     Mengaplikasikan metodologi dan kaedah yang sesuai dalam memahami hadith-hadith yang menjadi sumber rujukan. (C3)

3.     Menyelesaikan masalah dalam menentukan pandangan yang paling tepat serta mengaplikasikan hadith dalam aspek-aspek kehidupan seharian. (C3)

11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar akan mampu memahami hadis-hadis yang berkaitan dengan Ilmu, Iman, Akhlak, Al-Raqaq, Tarbiah, I’tisam dan Fitan melalui karya ulama-ulama muktabar dan keterangan hadis berdasarkan kupasan ulama muktabar.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

  • Kursus akan diajarkan melalui kombinasi kuliah secara formal, latihan, kerja kumpulan, dengan menggunakan rujukan yang diiktiraf. Penggunaan pemeriksaan dan laporan bertulis akan menilai kemampuan pelajar untuk melaksanakan konsep teori dalam konteks permasalahan yang berkaitan.

Strategi Penilaian:

  • Formatif
  • Sumatif
13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini menekankan pengajian hadith-hadith yang merupakan asas-asas kehidupan muslim yang berkaitan dengan tajuk seperti Ilmu, Iman, Akhlak, Al-Raqaq, Tarbiah, I’tisam dan Fitan beserta perbincangan maksud hadis yang dikupas menggunakan metode al-Tahlili, pendapat para ulama dan metode mereka dalam memilih dan meletakkan sesuatu hadis di dalam sesuatu bab, di samping menerangkan juga sejarah latarbelakang kehidupan para ulama muktabar yang menyusun kitab hadis dan syarahnya.
14. CARA PENYAMPAIAN Kuliah dan Tutorial (SCL)
15. Kaedah PENILAIAN
Komponen %
Penilaian

·         Hafalan hadith

·         Laporan bertulis

·         Pembentangan Laporan

·         Perbincangan Kumpulan

·         Peperiksaan Pertengahan Semester

 

10

8

7

5

10

Peperiksaan akhir 60
Total 100
16. KERANGKA KURSUS DAN (SLT) SETIAP TOPIK
Topik BERSEMUKA KENDIRI  
Kuliah Tutorial Praktikal/SCL Tugasan Ulangkaji Persediaan  Penilaian Penilaian berterusan Peperiksaan Akhir JUMLAH SLT
Metod Pengajian Hadith 1 2 2 2 6
Sahih al-Bukhari dan Syarahnya Fath al-Bari. 6 4 2 2 14
Sahih Muslim dan Syarahnya al-Minhaj. 6 4 2 4 16
Jami’ al-Tirmizi dan Syarahnya Tuhfah al-Ahwazi 3 6 2 3 14
Sunan Abi Daud dan Syarahnya Ma’alim al-Sunan. 4 4 2 2 12
Sunan al-Nasa’i dan Syarahnya Hasyiah al-Suyuti dan al-Sindi 4 4 2 2 12
Sunan Ibn Majah dan Hasyiah al-Sindi 2 3.75 1 2 8.75
Tugasan 10 5 15
Ujian/ Kuiz 1 4 5
Pembentangan 0.25 3 3.25
Peperiksaan Akhir 8 3 11
Total 28 28 10 16 32   3 117
17 RUJUKAN 1.     Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. Sahih Bukhari. Maktabah As-Salafiyyah, Kaherah.

2.     Kutub al-Sunan al-Sittah.

3.     Syuruh Kutub al-Sunan al-Sittah.

4.     As-Salafi, Muhammad Luqman. 1989. Asu-Sunnah Hujjiyatuha wa Makanatuha Fi Al-Islam. Madinah: Maktabah Al-Iman.

5.     Muslim al- Hajjaj. Al sahih dlm. A l-Nawawi. Sahih muslim bi sharh al- nawawi. Al- Maktabah al- Misriyyah.