1. NAMA KURSUS Tafsir II
2. KOD KURSUS QQT3093
3. PENSYARAH P.M Dr. Adnan Mohamed Yusoff
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini akan memberikan penumpuan kepada pengajian beberapa surah yang terpilih daripada Al-Quran iaitu surah Al-Kahfi, An-Nur, Al-Hujurat menggunakan metod Tahlili. Penumpuan akan diberikan kepada ayat-ayat yang berkaitan dengan Akidah, Akhlak dan Kisah umat terdahulu bagi membiasakan pelajar dengan uslub ahli Tafsir dalam menggunakan metod Tahlili, melatih para pelajar merujuk kitab-kitab Tafsir yang menggunakan metod tersebut. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada Al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 5
6.  

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT)

Bersemuka:

L T P O
28 28 3

L=lecture ; T=Tutorial; P=Practical; O=Others (Exam)

 Jumlah Bimbingan dan Belajar  Kendiri::

52
7. NILAI JAM KREDIT 111/40= 2.77 (3 kredit); 2+2
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS 1.     Untuk membiasakan pelajar dengan uslub ahli Tafsir dalam menggunakan metod Tahlili ketika menafsirkan Al-Quran.

2.     Untuk melatih para pelajar merujuk kitab-kitab penting dan utama dalam tafsir yang menggunakan metod Tahlili.

3.     Untuk menerangkan tentang sebahagian daripada uslub Al-Quran dalam membentangkan perkara Akidah, Kisah umat terdahulu, Adab-adab Kemasyarakatan melalui surah-surah yang telah ditetapkan.

10. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, para pelajar seharusnya mampu untuk :

1.     Membezakan di antara metod Tahlili dengan metod-metod yang lain di dalam Tafsir. (LO1/C3).

2.     Menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan para ulama tentang tafsiran dan hujjah-hujjah mereka ketika mengeluarkan hukum dan pengajaran daripada ayat-ayat Al-Quran.(LO3-C3)

3.     Menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan adab, etika dan moral. (LO6-A2)

4.     Mencari dan menguruskan maklumat yang relevan daripada pelbagai sumber dalam kitab-kitab Tafsir yang menggunakan metod Tahlili. (LO7-A2)

11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar seharusnya dapat membina kefahaman yang baik terhadap metod Tahlili yang digunakan oleh Ulama ketika mentafsirkan Al-Quran, membuat analisis dan menguruskan maklumat dengan baik melalui proses kuliah, tutorial dan gerak kerja tugasan secara berkumpulan.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi pengajaran dan pembelajaran:

  • Kursus ini akan diajar melalui kombinasi kuliah, latihan, gerak kerja berkumpulan, aktiviti tidak formal dan kepelbagaian kitab rujukan.

·       Pelajar akan dinilai melalui peperiksaan, pembentangan dan laporan kajian, penglibatan dalam kuliah dan tutorial untuk mengetahui kemampuan dan keupayaan pelajar dalam mengaplikasikan konsep teoritikal dalam konteks.

Strategi Penilaian:

  • Formatif
  • Sumatif
13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini akan memberikan penumpuan kepada pengajian beberapa surah yang terpilih daripada Al-Quran iaitu surah Al-Kahfi, An-Nur, Al-Hujurat menggunakan metod Tahlili. Penumpuan akan diberikan kepada ayat-ayat yang berkaitan dengan Akidah, Akhlak dan Kisah umat terdahulu yang mempunyai kepentingan yang tinggi dalam kehidupan pelajar dan masyarakat islam secara umumnya. Penerangan secara ringkas akan diberikan terlebih dahulu tentang metod Tafsir Tahlili dan kitab-kitab rujukan utamanya.
14. CARA PENYAMPAIAN Kuliah dan tutorial (SCL)
15. Kaedah PENILAIAN
Komponen %
Penilaaian Berterusan

·         Penglibatan dan penyertaan

·         Kajian (Bahath)

·         Pembentangan

 

10

10

10

Peperiksaan

–       pertengahan

–       akhir

20

50

Jumlah 100
16. KERANGKA KURSUS DAN (SLT) SETIAP TOPIK
Topik BERSEMUKA PEMBELA-JARAN KENDIRI    
Kuliah Tutorial Practikal/SCL Tugasan Ulang kaji Pembelajaran Kendiri Peperiksaan Akhir JUMLAH SLT
Pengenalan Tafsir Tahlili, kepentingan dan rujukan utama. 2 2 2 2 8
Surah Al-Kahfi 8 8 6 6 28
Surah An-Nur: 10 10 6 6 32
Surah Al-Hujurat 8 7.75 6 6 27.75
Pembentangan 0.25 2 2.25
Peperiksaan Akhir 10 3 13
Jumlah 28 28   30 22 3 111
17 RUJUKAN 1.     Ibnu Kathir. Ismail bin Omar Ad-Dimasqi. 1401H. Tafsir Al-Quran Al-‘Azim.

2.     Al-Qurtubi. Muhammad bin Ahmad. 1372H. Al-Jamie’ li Ahkam Al-Quran.

3.     Ibnu ‘Asyur. Muhammad At-Tohir bin Muhammad. At-Tahrir wa At-Tanwir min At-Tafsir.

 4.     As-Sobuni. Muhammad Ali. 1976. Sofwah At-Tafasir.

5.     Az-Zuhaili. Wahbah. 1991/1441. At-Tafsir Al-Munir.