1. NAMA KURSUS DABT RASM AL-QURAN DAN AL-FAWASIL
2. KOD KURSUS QQQ2123
3. PENSYARAH Dr Hj Abdul Qadir Umar Usman Al-Hamidy
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini mempunyai hubungan yang begitu signifikan dengan program yang ditawarkan kerana fokus perbahasannya yang berkait rapat dengan al-Quran. Penawaran kursus ini mengambil kira keperluan terhadap pemeliharaan al-Quran dari pelbagai aspek khususnya dalam mendepani cabaran teknologi terkini.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 3/Tahun 2
6.  

JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT)

 

Bersemuka:

K T P L
28 28 3

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Bimbingan dan Belajar Kendiri::

28+28+3+56=115

7. NILAI JAM KREDIT 115/40= 2.87 (3 Kredit); 2 + 2
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS Di antara objektif utama kursus ini adalah seperti berikut:

  1. Membincangkan berkaitan dengan isu-isu yang terkadung dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani.
  2. Menerangkan sistem tanda baris dan titik (Dabt) dalam penulisan al-Quran.
  3. Menghuraikan sistem pemetaan al-Quran melalui kaedah Fawasil.
10. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, para pelajar seharusnya mampu untuk:

  1. Meneroka isu-isu yang berkaitan dengan penulisan al-Quran Rasm Uthmani. (LO1/C3).
  2. Mengaplikasikan bacaan al-Quran dengan tepat melalui kaedah Rasm Uthmani, Dabt dan Fawasil. (LO2/P3).
  3.  Melapor dan berinteraksi melalui jaringan akademik dengan pihak-pihak yang terlibat secara berkumpulan. (LO6/A2).
11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar seharusnya mampu mengenalpasti sistem pengkaedahan Rasm Uthmani dan isu-isunya melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa proses tutorial dan gerak kerja berkumpulan.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Formatif + Sumatif):

  • Pensyarah akan menerangkan isi kandung kursus ini secara bertopik (silibus) selama dua jam semasa sesi kuliah dengan bantuan ABM dan bahan rujukan terpilih. Manakala sesi tutorial secara aktiviti berkumpulan dijalankan selama dua jam.
  • Penilaian pelajar sebanyak 60% melalui tugasan berkumpulan (20%) dan tugasan individu melalui aktiviti verifikasi (20%), aktiviti latihan (20%). Baki 40% melalui peperiksaan akhir.
13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini menerangkan berkaitan dengan sejarah penulisan al-Quran yang dikenali sebagai Rasm Uthmani. Penekanan diberikan kepada isu-isu yang merangkumi perbahasan definisi, hukum berpegang dengan Rasm Uthmani dan keistimewaannya, teori pengkaedahannya, pendapat dan hujah para ulama’, hubungannya dengan ilmu Qiraat dan sebagainya. Selain itu, kursus ini juga turut membincangkan perkara yang berkaitan dengan kaedah baris dan titik yang dikenali sebagai sistem Dabt. Manakala ilmu berkaitan dengan pemetaan al-Quran melalui sistem Fawasil iaitu kaedah yang membahaskan perkara yang berkaitan dengan permulaan ayat, faedah, pembahagiaannya dan kaedah mengetahuinya.
14. CARA PENYAMPAIAN Kuliah dan Tutorial
15. Kaedah PENILAIAN Kaedah Penilaian:

Komponen Peratusan (%)

Penilaian berterusan (Sumatif):

· Tugasan Berkumpulan

· Tugasan individu

· Latihan

 

20

20

20

Peperiksaan Akhir 40
Jumlah 100%
16.  

KERANGKA KURSUS DAN (SLT) SETIAP TOPIK

 

Topik BERSEMUKA KENDIRI  
Kuliah Tutorial Praktikal/SCL Tugasan Ulangkaji Persediaan  Penilaian Penilaian berterusan Peperiksaan Akhir JUMLAH SLT
Pengenalan Kursus 2 2 1 5
Sejarah Penulisan al-Quran pada masa Nabi s.a.w. dan Abu Bakar. 2 2 1 1 6
Penulisan al-Quran era Saidina Uthman bin Affan 4 4 1 3 12
Rasm Uthmani 5 6 3 3 17
Kaedah Penulisan Rasm Uthmani 4 4 2 3 13
Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Qiraat 2 1.75 1 1 5.75
Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Dabt 4 4 1 3 12
Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Fawasil 4 4 1 3 12
Tugasan 10 5 15
Ujian/ Kuiz 1 3 4
Pembentangan 0.25 3 3.25
Peperiksaan Akhir 8 3 11
Total 28 28 10 23 24   3 116
17
Fakulti/PTJ:
Bil Topik Intgrasi Naqli dan Aqli E-Learning
M1 M2 M3 E1 E2 E3 E4 E5 E6 E7 E8
1 Pengenalan kursus / / /
2 Sejarah penulisan al-Quran Quran pada masa Nabi s.a.w. dan Abu Bakar.  

/

 

/

 

/

 

/

3 Penulisan al-Quran era Saidina Uthman bin Affan.  

/

 

/

 

/

 

/

4 Rasm Uthmani. / / / / /
5 Kaedah Penulisan Rasm Uthmani. / / / /
6 Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Qiraat.  

/

 

/

 

/

 

/

7 Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu Dabt. / / / / /
8 Hubungan Rasm Uthmani dengan Ilmu. Fawasil.  

/

 

/

 

/

 

/

INTEGRASI NAQLI DAN AQLI & E-LEARNING

18 RUJUKAN
  1. Al-Quran al-Karim (Rasm Uthmani)
  2. Dr. Sha`ban Muhammad Ismail. 1433 H.. Rasm al-Mushaf wa Dabtuhu, Cairo: Dar al-Salam.
  3. Al-Dabba`, Ali Muhammad.  1385H. Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt al-Quran al-Mubin, Cairo: al-Mashhad al-Husayni.
  4. Al-Dani, Abu Amru Uthman bin Said bin Uthman bin Said bin Umar. 1407 H. Al-Muhkam fi Naqt al-Masahif. Damaskus: Dar al-Fikr.
  5. Al-Dani, Abu Amru Uthman bin Said bin Uthman bin Said bin Umar. T.t.. Al-Muqni` fi Rasm Masahif al-Amsar. Cairo: Maktab al-Kulliyyat al-Azhariyyah.

 

Kerangka Pengajaran Kursus/Modul Hasil Pembelajaran Program

TOPIK JAM PERTEMUAN (SEMESTER) HASIL PEMBELAJARAN PLO KI AKTIVITI P&P PENILAIAN TUGASAN
TOPIK 1

PENGENALAN KURSUS

  • Pendahuluan
  • Sinopsis Kursus
  • Hasil Pembelajaran
  • Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
  • Kaedah Penilaian & Tugasan
  • Kandungan Kursus
  • Sumber Rujukan

2

(2 jam/minggu)

  1. Meneroka isu-isu yang berkaitan dengan penulisan al-Quran Rasm Uthmani.
  2. Mengaplikasikan bacaan al-Quran dengan tepat melalui kaedah Rasm Uthmani, Dabt dan Fawasil.
  3. Melapor dan berinteraksi melalui jaringan akademik dengan pihak-pihak yang terlibat secara berkumpulan.
 

 

LO1

LO2

LO6

 

 

 

EM1

EM3

Aktiviti I;

  1. Pensyarah akan menerangkan tugasan berkumpulan dan keperluan kepada pemilihan tajuk perbahasan yang sesuai.
  • Pensyarah memberikan penilaian markah sebanyak 30% kepada tugasan berkumpulan mengikut kategori pemarkahan yang telah ditetapkan. Manakala 20% akan dinilai melalui Latihan I berkaitan pemahaman pelajar berdasarkan topik 1-4.
TOPIK 2

SEJARAH PENULISAN AL-QURAN

  • Tarikh al-Quran
  • Sejarah Penulisan: Arab dan Islam
  • Pembukuan al-Quran: Implikasi dan Aplikasinya
  • Pemeliharaan al-Quran era Rasulullah s.a.w.
  • Pemeliharaan al-Quran era Saidina Abu Bakar al-Siddiq
  • Penulis Wahyu
  • Penulisan: Gesaan Nabi s.a.w. Terhadap para Sahabat r.a.

2

(2 jam/minggu)

  1. Mengenalpasti kepentingan penulisan al-Quran menurut kaedah yang disepakati oleh para ulama.
  2. Meneroka sejarah penulisan dan pembukuan al-Quran menelusuri zaman.
  3. Menganalisa faktor-foktor pemangkin kepada usaha pembukuan al-Quran.

 

 LO2

LO1

LO6

EM2

TS2

Aktiviti II (siri I),

  1. Mengenalpasti perbezaan antara Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi. (Para pelajar akan dibekalkan dengan Mushaf Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi)
  • Pensyarah akan memberikan bimbingan sepanjang sesi aktiviti II-IV.
TOPIK 3

PENULISAN AL-QURAN ERA SAIDINA UTHMAN AFFAN DAN SELEPASNYA

  • Matlamat Penulisan Era Saidina Uthman Affan r.a.
  • Tokoh Pembukuan Era Saidina Uthman Affan r.a.
  • Naskh al-Masahif: Faktor dan Implikasinya
  • Metodologi Naskh al-Masahif di kalangan Para Sahabat r.a.
  • Pengedaran Masahif dan Bilangannya
  • Penulisan al-Quran di Malaysia
  • Peranan Lembaga Tasheh al-Quran
  • Percetakan al-Quran: Isu dan Cabaran Semasa

4

(2 jam/minggu)

  1. Menerangkan keperluan terhadap Naskh al-Masahif dan metodologi pembukuan era Saidina Uthman bin Affan.
  2. Menjelaskan perkembangan penulisan al-Quran di Malaysia dan peranan pihak-pihak berwajib dalam memelihara kesucian al-Quran.
  3. Mengenalpasti isu dan cabaran semasa berkaitan dengan percetakan al-Quran di Malaysia.

 

 

LO1

 

 

 

 

LO1

 

 

 

 

LO2

  Aktiviti II (siri II),

  1. Mengenalpasti Kaedah Rasm Uthmani iaitu Kaedah al-Hazfu dan al-Ziyadah melalui surah-surah terpilih.
  • Pensyarah akan memberikan bimbingan sepanjang sesi aktiviti II-IV.
 TOPIK 4

RASM UTHMANI

  • Definisi Rasm dan Jenis-jenisnya
  • Definisi Rasm Uthmani
  • Definisi Rasm Imla’i/Qiyasi
  • Penulisan al-Quran: Analisa Perbezaan Rasm Uthmani dan Rasm Qiyasi
  • Rasm Uthmani: Antara Tawqifi dan Tawfiqi
  • Pendapat Menyimpang Orentalis Terhadap Rasm Uthmani
  • Rasm Uthmani dan Pewartaan Institusi-institusi Islam
  • Keistimewaan Rasm Uthmani

6

(2 jam/minggu)

  1. Mengenalpasti definisi Rasm Uthmani secara terperinci.
  2. Menganalisa perbezaan antara Rasm Uthmani dengan Rasm Qiyasi.
  3. Menerangkan peranan golongan Orentalis dalam menyelewengkan fakta berkaitan isu Rasm Uthmani.
  

LO2

 

 

LO6

 

 

LO1

 

 

 

EM1

EM2

 

Aktiviti II (siri III),

  1. Mengenalpasti Kaedah Rasm Uthmani iaitu Kaedah al-Hamzah dan al-Ibdal melalui surah-surah terpilih.
  • Pensyarah akan memberikan bimbingan sepanjang sesi aktiviti II-IV.
 TOPIK 5

KAEDAH PENULISAN RASM UTHMANI

  • Pengenalan Terhadap Penulisan Rasm Uthmani
  • Pendapat Ulama Berkaitan Kaedah Penulisan Rasm Uthmani
  • Kaedah Penulisan Rasm Uthmani: al-Hazf, al-Zayadah, al-Hamzah
  • Kaedah Penulisan Rasm Uthmani: al-Ibdal, al-Fasl wa al-Wasl, Ma Fihi Qira’atani.

4

(2 jam/minggu)

  1. Menerangkan pendapat para ulama berkaitan isu pengkaedahan Rasm Uthmani.
  2. Menjelaskan kepentingan dan keistimewaan pengkaedahan Rasm Uthmani.
  3. Mengenalpasti Kaedah Penulisan Rasm Uthmani dalam al-Quran.
LO2

 

 

LO1

 

 

LO2

 

 

Aktiviti II (siri IV),

  1. Mengenalpasti Kaedah Rasm Uthmani iaitu Kaedah al-Fasl wa al-Wasl dan Ma Fihi Qira’atani melalui surah-surah terpilih.
  • Pensyarah akan memberikan bimbingan sepanjang sesi aktiviti II-IV.
 TOPIK 6

HUBUNGAN RASM UTHMANI DENGAN ILMU QIRAAT

  • Penurunan al-Quran dengan Tujuh Huruf
  • Hubungan Masahif Uthmaniyyah dengan Tujuh Huruf
  • Kategori al-Qiraat Dalam Penulisan Rasm Uthmani
  • Implikasi Perbezaan al-Qiraat Dalam Metode Penulisan Rasm Uthmani
  • Percetakan Masahif Uthmaniyyah Mengikut Riwayat al-Qiraat

2

(2 jam/minggu)

  1. Menjelaskan hubungkait Rasm Uthmani dengan Ilmu al-Qiraat.
  2. Mengenalpasti perbezaan al-Qiraat dalam metode penulisan Rasm Uthmani.
  3. Menerangkan percetakan Masahif Uthmaniyyah mengikut riwayat al-Qiraat.
 

 

 

LO1

 

 

LO2

 

 

LO1

 

 

 

Aktiviti II (siri V),

  1. Mengenalpasti perbezaan antara riwayat-riwayat dalam Masahif al-Uthmaniyyah. (Para pelajar akan dibekalkan dengan Masahif Uthmaniyyah iaitu Riwayat Hafs `An `Asim, Riwayat Qalun, Riwayat al-Duri dan Riwayat al-Warsh)
  • Pensyarah akan memberikan bimbingan sepanjang sesi aktiviti II-IV.
 TOPIK 7

HUBUNGAN RASM UTHMANI DENGAN ILMU DABT

  • Definisi Dabt
  • Peranan Ilmu Dabt Dalam Penulisan Rasm Uthmani
  • Usaha dan Faktor Ke Arah Memperelokkan Rasm Uthmani
  • Jenis-jenis Dabt

4

(2 jam/minggu)

 

  1. Menjelaskan definisi Ilmu Dabt dan keperluannya.
  2. Menjelaskan peranan para tokoh ulama ke arah penambahbaikan Rasm Uthmani.
  3. Mengenalpasti jenis-jenis Dabt dalam al-Quran.
 

 

LO1

 

LO1

 

LO2

 

 

Aktiviti III;

  1. Mengenalpasti Istilahat al-Dabt dalam al-Quran melalui surah-surah terpilih.
  • Pensyarah akan memberikan bimbingan sepanjang sesi aktiviti II-IV.
 TOPIK 8

HUBUNGAN RASM UTHMANI DENGAN ILMU FAWASIL

  • Definisi al-Fawasil
  • Peranan Ilmu Fawasil Dalam Penulisan Rasm Uthmani
  • Jenis-jenis Fawasil Dalam al-Quran
  • Kaedah Mengetahui Fawasil al-Quran
  • Faedah Mengetahui Kaedah Fawasil al-Quran

4

(2 jam/minggu)

  1. Menjelaskan definisi Ilmu Fawasil dan kepentingannya.
  2. Menjelaskan peranan Ilmu Fawasil dan pengkaedahannya dalam al-Quran.
  3. Mengenalpasti jenis-jenis Fawasil dalam al-Quran.
 

 

LO1

 

 

LO2

 

 

LO2

 

 

 

 

 

Aktiviti IV;

  1. Mengenalpasti jenis-jenis Fawasil dalam al-Quran melalui surah-surah terpilih.
  • Pensyarah memberikan penilaian markah sebanyak 20% dengan mengadakan latihan khusus berkaitan kaedah Rasm Uthmani di akhir sesi aktiviti
  • Manakala 40% lagi akan dinilai melalui Peperiksaan Akhir bagi melengkapi sistem pemarkahan sebanyak 100%.