1. NAMA KURSUS Hifz Al-Quran lV
2. KOD KURSUS QQQ2041
3. PENSYARAH
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah Al-Baqarah daripada ayat 234 hingga ayat 286. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 4 bagi memantapkan pengamalan Al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas Al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada Al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 4 (Tahun 2)
6. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT) Bersemuka:

K T P L
13 2

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Bimbingan dan Belajar  Kendiri:

13+2+19=34
7. NILAI JAM KREDIT 34/40= 0.85 (1 Kredit); 1
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS 1.     Untuk membantu pelajar menghafaz surah Al-Baqarah daripada ayat 234 hingga ayat 286 mengikut hukum tajwid dan kaedah Rasm Othmani.

2.     Untuk memperdengarkan bacaan yang betul sebelum dihafaz oleh para pelajar.

3.     Untuk mendengar dan membetulkan bacaan ayat-ayat yang dihafaz oleh para pelajar secara berkumpulan dan di hadapan pensyarah.

10. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, para pelajar seharusnya mampu untuk :

1.     Mengenalpasti bacaan yang betul sebelum dan selepas hafazan. (LO1).

2.     Mengaplikasikan ayat-ayat yang dihafaz ketika mengeluarkan idea dan berhujjah. (LO4-CS1).

3.     Berinteraksi dengan baik dalam komuniti. (LO5-TS2).

11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar seharusnya mampu menghafaz ayat-ayat yang telah ditetapkan dengan bacaan yang betul mengikut hukum dan kaedah Rasm Othmani melalui proses tutorial dan gerak kerja berkumpulan.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

·       Kursus ini akan diajar melalui kelas tutorial yang melibatkan proses mendengar dan memperdengarkan bacaan hafazan secara berkumpulan dan di hadapan pensyarah.

·       Pelajar akan dinilai melalui bacaan hafazan yang diperdengarkan di hadapan pensyarah di dalam kelas tutorial setiap minggu. Ia juga akan dinilai melalui peperiksaan bertulis pada akhir semester.

13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini akan memberikan penumpuan kepada hafazan surah Al-Baqarah daripada ayat 234 hingga ayat 286.
14. CARA PENYAMPAIAN Tutorial
15. Kaedah PENILAIAN Penilaian markah setiap semester:

Kompenan %
Penilaian berterusan

·         Pelajar memperdengarkan bacaan di hadapan pensyarah (tasmik)

 

60

Peperiksaan akhir (bertulis) 40
Jumlah 100
16. KERANGKA KURSUS DAN (SLT) SETIAP TOPIK
Topik BERSEMUKA KENDIRI
Kuliah Tutorial Praktikal/SCL Tugasan Ruj. Pustaka Belajar-sendiri Peperiksaan Akhir Jumlah SLT
Pengenalan kursus 1 1 2
Ayat 234-237 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 238-245 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 246-248 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 249-252 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 253-256 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 257-259 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 260-264 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 265-269 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 270-274 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 275-281 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 282 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 283-286 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ulangkaji / Peperiksaan akhir 6 2 8
Jumlah 13 19 2 34
17 RUJUKAN Rujukan utama:

·         Al-Quran Al-Karim (Rasm Uthmani)

Rujukan tambahan:

·         Dr. Ahmad Khalid Syukri et al. (2008). Al-Munir fi Ahkam At-Tajwid. Cetakan ke-13. Amman: Jami’yyah al-Muhafazah ‘ala al-Quran.

·         Dr. Muhammad ‘Isom Muflih al-Qudhah. (2003). Al-Wadhih fi Ahkam al-Tajwid. Cetakan ke-4. Amman: Darul Nafais.

·         Al-Nawawi,  Yahya bin Syaraf. (2005). At-Tibyan fi Adab Hamlati al-Quran. Cetakan pertama. Mansurah: Dar Ibni  Rejab.

·         Ahmad Khalid Syukri & Furas al-‘Auratani. (2006). I’anah al-Murid li hifzi al-Quran al-Majid. Cetakan kedua. Amman: Jam’ieyyah al-Muhafazoh ‘ala al-Quran.