1. NAMA KURSUS Hifz Al-Quran llI
2. KOD KURSUS QQQ2031
3. PENSYARAH  
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini menghendaki para pelajar menghafaz surah Al-Baqarah daripada ayat 94 hingga ayat 181. Ia adalah ditawarkan kepada pelajar Semester 2 bagi memantapkan pengamalan Al-Quran dalam kehidupan. Di samping itu, kursus ini menjadi medan untuk para pelajar menggunakan nas-nas Al-Quran yang telah dihafaz untuk mengeluarkan idea dan berhujjah. Sebagai hasilnya, para pelajar akan dapat menyumbang khidmat dalam masyarakat dengan merujuk kepada Al-Quran sebagai sumber ilmu untuk diaplikasikan sepanjang hayat.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 4(Tahun 2)
6. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT) Bersemuka:

K T P L
13 2

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Bimbingan dan Belajar  Kendiri:

13+2+19=34
7. NILAI JAM KREDIT 34/40= 0.85 (1 Kredit); 1
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS
  1. Untuk membantu pelajar menghafaz surah Al-Baqarah daripada ayat 94 hingga ayat 181 mengikut hukum tajwid dan kaedah Rasm Othmani.
  2. Untuk memperdengarkan bacaan yang betul sebelum dihafaz oleh para pelajar.
  3. Untuk memahami maksud ayat al-Quran dan membacanya dengan bertajwid
  4. Untuk mendengar dan membetulkan bacaan ayat-ayat yang dihafaz oleh para pelajar secara berkumpulan dan di hadapan pensyarah.
10. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, para pelajar seharusnya mampu untuk :

  1. Mengenalpasti bacaan yang betul sebelum dan selepas hafazan serta memahami maksudnya. (LO1).
  2. Mengaplikasikan ayat-ayat yang dihafaz ketika mengeluarkan idea dan berhujjah. (LO4-CS1).
  3. Berinteraksi dengan baik dalam komuniti. (LO5-TS2).
11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar seharusnya mampu menghafaz ayat-ayat yang telah ditetapkan dengan bacaan yang betul mengikut hukum dan kaedah Rasm Othmani melalui proses tutorial dan gerak kerja berkumpulan.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

  • Kursus ini akan diajar melalui kelas tutorial yang melibatkan proses mendengar dan memperdengarkan bacaan hafazan secara berkumpulan dan di hadapan pensyarah.
  • Pelajar akan dinilai melalui bacaan hafazan yang diperdengarkan di hadapan pensyarah di dalam kelas tutorial setiap minggu. Ia juga akan dinilai melalui peperiksaan bertulis pada akhir semester.
13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini akan memberikan penumpuan kepada hafazan surah Al-Baqarah daripada ayat 94 hingga ayat 181.
14. CARA PENYAMPAIAN Tutorial
15. Kaedah PENILAIAN Penilaian markah setiap semester:

Kompenan %
Penilaian berterusan

  • Pelajar memperdengarkan bacaan di hadapan pensyarah (tasmik)

60

Peperiksaan akhir (bertulis) 40
Jumlah 100
16. KERANGKA KURSUS DAN (SLT) SETIAP TOPIK
Topik Bersemuka Kendiri    
Kuliah Tutorial Praktikal/SCL Tugasan Ruj. Pustaka Belajar-sendiri Peperiksaan Akhir Jumlah SLT
Pengenalan kursus 1 1 2
Huraian hukum mad 1 1 2
Huraian waqaf dan ibtida 1 1 2
Huraian makna ayat- 1 1 1 2
Huraian makna ayat-2 1 1 2
Ayat 94-102 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 103-112 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 113-123 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 124-134 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 135-143 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 144-153 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 154-1169 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ayat 170-181 Surah Al-Baqarah 1 1 2
Ulangkaji / Peperiksaan akhir 6 2 8
Jumlah 5 8 19 2  34
17 RUJUKAN Rujukan utama:

  • Al-Quran Al-Karim (Rasm Uthmani)

Rujukan tambahan:

  • Dr. Ahmad Khalid Syukri et al. (2008). Al-Munir fi Ahkam At-Tajwid. Cetakan ke-13. Amman: Jami’yyah al-Muhafazah ‘ala al-Quran.
  • Dr. Muhammad ‘Isom Muflih al-Qudhah. (2003). Al-Wadhih fi Ahkam al-Tajwid. Cetakan ke-4. Amman: Darul Nafais.
  • Al-Nawawi,  Yahya bin Syaraf. (2005). At-Tibyan fi Adab Hamlati al-Quran. Cetakan pertama. Mansurah: Dar Ibni  Rejab.
  • Ahmad Khalid Syukri & Furas al-‘Auratani. (2006). I’anah al-Murid li hifzi al-Quran al-Majid. Cetakan kedua. Amman: Jam’ieyyah al-Muhafazoh ‘ala al-Quran.

 

Kerangka Pengajaran Kursus/Modul Hasil Pembelajaran Program

TOPIK JAM PERTEMUAN (SEMESTER) HASIL PEMBELAJARAN PLO KI AKTIVITI P&P PENILAIAN TUGASAN
TOPIK 1: PENGENALAN KURSUS

  • Pendahuluan
  • Sinopsis Kursus
  • Hasil Pembelajaran
  • Kaedah Pengajaran & Pembelajaran
  • Kaedah Penilaian & Tugasan
  • Kandungan Kursus
  • Makharij al-Huruf dan al-Sifat
  • Sumber Rujukan

1

(1 jam/minggu)

  1. Mengenalpasti kandungan kursus dan yang berkaitan denganya..

LO1

 

Pensyarah menerangkan pengenalan kursus dan memberikan tugasan hafazan.  
TOPIK 2: HURAIAN HUKUM MAD

  • Mad ‘Iwad
  • Mad Tamkin
  • Mad Silah Tawilah
  • Mad Silah Qasirah

1

(1 jam/minggu)

  1. Mengenalpasti  hukum mad.
  2. Mempu aplikasi hukum mad dalam bacaan al-Quran.
 

 

 

 

  • Pensyarah menerangkan
  • Takrif dan hukum mad dengan mendatangkan contoh serta membacanya dengan jelas.
Penilaian diberikan melalui pembentangan dan kuiz/test.
TOPIK 3: HURAIAN WAQAF DAN IBTIDA

  • Pendahuluan
  • Pembahgian waqaf
  • Waqaf tam, kafi
  • Waqaf hasan dan qabih

1

(1 jam/minggu)

  1. Mengenalpasti hukum waqaf dan Ibtida.
  2. Mampu mengaplikasikan hukum waqaf dalam bacaan al-Quran dengan baik.
  • Pensyarah menerangkan hukum waqaf dan memberi contoh berbagai contoh.
Pensyarah menilai dengan mendengar huraian pelajar melalui kuiz dan soalan.
TOPIK 4: HURAIAN MAKNA AYAT- 1

  • Memahami makna ayat secara umum.
  • Memahami asbab nuzul beberapa ayat terpilih.
  • Pengajaran ayat.

1

(1 jam/minggu)

  1. Memahami maksud ayat al-Quran yang dihafaz.
  2. Mampu berinteraksi dengan masyarakat dengan menggunakanya
  • Menghurai maksud ayat dengan mengambil kira asbab nuzul dan pengajaran ayat.
Pensyarah menilai dengan mendengar huraian pelajar melalui kuiz dan soalan.
TOPIK 5: HURAIAN MAKNA AYAT-2

  • Memahami makna ayat secara umum.
  • Memahami asbab nuzul beberapa ayat terpilih.
  • Pengajaran ayat.
 

1

(1 jam/minggu)

  1. Memahami maksud ayat al-Quran yang dihafaz.
  2. Mampu berinteraksi dengan masyarakat dengan menggunakanya
  • Menghurai maksud ayat dengan mengambil kira asbab nuzul dan pengajaran ayat.
Pensyarah menilai dengan mendengar huraian pelajar melalui kuiz dan soalan
 

TOPIK 6: HAFAZAN AYAT 89- 169

SURAH AL-BAQARAH

8

(1 jam/minggu)

  1. Mengenalpasti bacaan yang betul sebelum dan selepas hafazan.
  2. Mengaplikasikan ayat-ayat yang dihafaz ketika mengeluarkan idea dan berhujjah.
  3. Berinteraksi dengan baik dalam komuniti

LO1

LO4

L05

CS1

TS2

  • Mendengar ayat yang telah dihafaz di hadapan pensyarah.
  • Mengulangkaji ayat-ayat yang telah dihafaz di hadapan pelajar yang lain dalam kumpulan.
  • Membaca ayat yang seterusnya untuk dihafaz.
 

Pensyarah memberikan penilaian markah hafazan yang diperdengarkan oleh pelajar