1. NAMA KURSUS KAJIAN QURAN DAN HADITH DI ERA ICT
2. KOD KURSUS QNR4023
3. PENSYARAH
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini dibina untuk pelajar tahun tiga dengan matlamat menyediakan pelajar dengan kemahiran mempraktikkan kaedah-kaedah ulama Al-Quran dan Hadis dalam isu-isu terkini, serta mengkaji perkembangan dan cabaran pengajian Al-Quran dan Hadis dalam mendepani perkembangan teknologi terkini seperti internet dan lain-lain.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 7/ Tahun 3
6. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT)

 

 

Perjumpaan bersemuka:

K T P L
28 28 2.5

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Jam Bimbingan dan Pembelajaran Kendiri:

76
7. NILAI JAM KREDIT 134.5/40= 3.36 (3 kredit); 2+2
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS
  1. Memperkenalkan metode Ulama dalam mengembangkan Ilmu berkaitan Al-Quran dan Hadis sepanjang zaman.
  2. Mengenalpasti isu-isu terkini berkaitan Al-Quran dan Hadis serta cuba untuk mengemukakan penyelesaiannya.
  3. Mengenalpasti cabaran serta peluang memperluaskan bidang pengajian Al-Quran dan Hadis di era perkembangan teknologi maklumat seperti internet dan sebagainya.
10. HASIL PEMBELAJARAN Setelah menghabiskan kursus ini, para pelajar berupaya untuk:

  1. Menjelaskan kefahaman terhadap metode ulama dalam mengembangkan ilmu berkaitan Al-Quran dan Hadis. (LO2-P4)
  2. Menerangkan kaedah-kaedah Ulama dalam menyelesaikan isu-isu semasa berkaitan Al-Quran dan Hadis. (LO5-A3)
  3. Mengkaji kaedah, cabaran serta peluang menyebarluaskan pengajian Al-Quran dan Hadis di era perkembangan teklogi maklumat. (LO7-A3)
11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar akan mampu mengenalpasti ruang serta peluang untuk mengembangluaskan bidang pengajian Al-Quran dan Sunnah dengan bantuan aplikasi teknologi maklumat terkini.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

  • Kursus akan diajarkan melalui kombinasi kuliah secara formal, latihan, kerja kumpulan, dengan menggunakan rujukan yang diiktiraf. Penggunaan pemeriksaan dan laporan bertulis akan menilai kemampuan pelajar untuk melaksanakan konsep teori dalam konteks permasalahan yang berkaitan.
  • Pelajar juga akan dilatih untuk mengendalikan penganjuran seminar dalam membahaskan isu-isu terkini berkaitan pengajian Al-Quran dan Hadis di era ICT.

Strategi Penilaian:

  • Formatif
  • Sumatif
13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan isu-isu utama berkaitan metodologi dalam pengkajian Al-Quran dan Hadis seperti yang digunakan oleh para ilmuan dalam buku mereka. Sorotan ringkas metodologi, sejarah dan personaliti dalam bidang Al-Quran dan Hadis akan dibincangkan di samping memberi penekanan terhadap isu-isu berkaitan Al-Quran dan Hadis pada masa kini dan bagaimana untuk mengendalikannya. Aspek-aspek seperti metod dan aksesan sumber Al-Quran dan Hadis dalam era digital semasa juga akan disentuh di samping perbincangan terhadap beberapa laman web berasaskan Al-Quran dan Hadis.
14. CARA PENYAMPAIAN Kuliah dan Tutorial (SCL)
15. CARA DAN JENIS PENILAIAN
Komponen %
Penilaian

  • Laporan bertulis
  • Pembentangan Laporan (Seminar)
  • Ulasan artikel ilmiah
  • Peperiksaan Pertengahan Semester

15

10

10

15

Peperiksaan Akhir Semester 50
Total 100
16. KERANGKA KURSUS DAN SLT SETIAP TOPIK

 

Topik BERSEMUKA KENDIRI    
Kuliah Tutorial Praktikal/ SCL Tugasan Persediaan penilaian Belajar-sendiri Peperiksaan Akhir JUMLAH SLT
Metodologi Ulama dalam memelihara & mengembangkan Al-Quran dan Sunnah sepanjang zaman. 2 2 1 1 1 7
Sorotan ringkas terhadap perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) semasa. 6 6 6 4 3 3 26
Penggunaan perisian komputer serta media massa dalam pengajian Al-Quran dan Hadis. 6 6 6 4 3 25
Penggunaan teknologi laman sesawang dalam pengajian Al-Quran dan Hadis. 4 4 4 2 2 18
Kajian serangan terhadap Al-Quran dan Hadis melalui media massa dan internet 4 4 4 2 2 16
Sumbangan pertubuhan dan organisasi serta individu dalam mengembangkan pengajian Al-Quran dan Sunnah. 5.5 6 2 3 3 19.5
Tugasan 10 10
Pembentangan 0.5 2 2.5
Peperiksaan Akhir 10 2.5 12.5
Total 28 28 20 15 27 14 2.5 134.5
17.
INTEGRASI NAQLI DAN AQLI & E-LEARNING
Fakulti/PTJ: FPQS
Bil Topik Integrasi Naqli dan Aqli E-Learning
M1 M2 M3 E1 E2 E3 E4 E5 E6 E7 E8
1. Pengenalan kursus
2. Metodologi Ulama dalam memelihara & mengembangkan Al-Quran dan Sunnah sepanjang zaman.
3. Sorotan ringkas terhadap perkembangan teknologi komunikasi maklumat (ICT) semasa.
4. Penggunaan perisian komputer serta media massa dalam pengajian Al-Quran dan Hadis.
5. Penggunaan teknologi laman sesawang dalam pengajian Al-Quran dan Hadis.
6. Kajian serangan terhadap Al-Quran dan Hadis melalui media massa dan internet
7. Sumbangan pertubuhan dan organisasi serta individu dalam mengembangkan pengajian Al-Quran dan Sunnah.
8. Tugasan
9. Pembentangan
17 RUJUKAN
  1. Al-Zarqani, Muhammad Abdul ‘Azim. 1995. Manahil Al-‘Irfan fi ‘Ulumul Qur’an. Beirut: Darul Kitab Al-‘Arabi.
  2. Al-Muthiri, Hakim ‘Abisan. 2002. Tarikh Tadwin As-Sunnah wa Syubuhat Al-Mustasyriqin. Kuwait: Majlis An-Nasyr Al-“ilmi.
  3. Muhammad Saad Ibrahim. 2007. Akhlaqiyyat Al-‘Ilam wal Internet. Cairo: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
  4. Al-Danani, Abdul Malik Radman. 2001. Al-Wazifah Al-‘Ilamiyyah li Syabakat Al-Internet. Lubnan: Dar Al-Ratib Al-Jami’iyyah.
  5. Al-Shamali, Yasir. 1998. Manhaj al-Muhaddithin. Jordan: al Jamiah al Urduniyyah.
  6. Abu Syahbah, Muhammad. tt. Difa‘ ‘an al-Sunnah wa Radd Syubah al-Musytasyriqin wa al-Kuttab al-Mu‘asirin. tp.