1. NAMA KURSUS APLIKASI BRAILLE DALAM PENGAJIAN QURAN DAN SUNNAH
2. KOD KURSUS QNR3013
3. PENSYARAH MOHD NUR ADZAM RASDI
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Fokus utama kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai penggunaan tulisan Braille dalam skop pengajian al-Quran dan Sunnah. Ianya melibatkan skill-skill asas berkaitan metode dan kaedah ianya diaplikasi bagi tujuan mentranskrips teks-teks al-Quran dan Sunnah. Selain daripada memberikan pendedahan berkenaan kemahiran mentranskrip, para pelajar juga disemai dengan rasa tanggungjawab untuk memberi khidmat kepada golongan OKU Penglihatan terutamanya dalam menyebarkan maklumat berkaitan al-Quran dan Sunnah.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 5/ Tahun 3
6. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT)

 

 

Perjumpaan bersemuka

K T P L
26 26 3

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Jam Bimbingan dan Pembelajaran Kendiri:

55
7. NILAI JAM KREDIT 128/40= 3 (3 kredit); 2+2
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS
  1. Menjelaskan kepada para pelajar mengenai metode dan kaedah aplikasi Braille dalam pengajian Quran dan Sunnah.
  2. Menyediakan para pelajar yang berkemahiran untuk mentranskrip teks-teks al-Quran dan Sunnah ke dalam bentuk Braille.
  3. Membudayakan khidmat masyarakat dalam kalangan pelajar.
10. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus para pelajar akan dapat:

  1. Memahami kaedah OKU berinteraksi dengan teks. (LO1-C3)
  2. Mentranskrip teks-teks yang berkaitan dengan pengajian Quran dan Sunnah ke dalam tulisan Braille dengan metode dan kaedah yang betul. (LO2- P4)
  3. Menghasilkan teks al-Quran/Sunnah dalam bentuk Braille sebagai khidmat kepada golongan OKU Penglihatan secara berpasukan.(LO5-A4)
11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar seharusnya dapat membina kefahaman yang baik terhadap perkembangan penulisan bagi golongan OKU Penglihatan terutamanya kaedah Braille serta aspek-aspek yang berkaitan dengannya seterusnya menguasai kemahiran mentranskrip teks-teks al-Quran dan Sunnah ke dalam bentuk Braille dengan menggunakan medium-medium yang sesuai.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Srategi pengajaran dan pembelajaran:

  • Kursus ini akan diajar melalui kombinasi kuliah dan tutorial yang melibatkan latihan,gerak kerja berkumpulan secara formal atau sebaliknya. Pelajar akan dinilai melalui peperiksaan akhir, penyelesaian tugasan, penglibatan dalam bilik tutorial untuk mengetahui kemampuan serta keupayaan pelajar dalam mengaplikasi segala kemahiran yang didedahkan kepada mereka.

Srategi penilaian:

  • Formatif
  • Sumatif
13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini akan memberikan pendedahan tentang metode penggunaan Braille sebagai bahan bacaan utama bagi UKO Penglihatan serta kaedah mengaplikasikannya di dalam bidang yang berkaitan al-Quran dan Sunnah. Para pelajar akan diberi penerangan mengenai sejarah penulisan yang digunakan oleh OKU Penglihatan, pengenalan kepada kod Braille bagi tulisan rumi, jawi/bahasa arab dan al-Quran, kaedah penulisan dan pembacaan dan perkembangan Braille al-Quran di Malaysia. Seterusnya pelajar diterapkan dengan kemahiran menulis dan membaca tulisan Braille sehingga mampu membaca dan mentrakskrip teks-teks yang berkaitan dengan al-Quran dan Sunnah. Kursus ini akan menggunakan kaedah syarahan dalam kuliah, perbincangan dan latihan secara interaktif menerusi tutorial, tugasan secara individu dan berkumpulan serta pembentangan. Para pelajar akan dinilai berdasarkan penglibatan dalam kelas, menerusi perbincangan, tugasan dan pembentangan, juga melalui kuiz, selain dari peperiksaan akhir semester. Di akhir kursus ini para pelajar dapat memahami, menerang serta mengaplikasikan metode penggunaan kod Braille dalam membaca, menulis dan mentranskrip teks-teks terutamanya yang berkaitan dengan pengajian al-Quran dan Sunnah.
14. CARA PENYAMPAIAN Kuliah dan tutorial (SCL)
15. Kaedah PENILAIAN
Penilaian %
· Ujian/ kuiz

· Penyelesaian tugasan/pembentangan

· Peperiksaan Akhir

30

30

40

Jumlah 100
16. KERANGKA KURSUS DAN (SLT) SETIAP TOPIK

 

Topik BERSEMUKA KENDIRI Penilaian berterusan Peperiksaan Akhir JUMLAH SLT
Kuliah Tutorial Praktikal/SCL Tugasan Ulangkaji Persediaan  Penl.
Tactile Writing system 2 2 2 6
Braille System 4 4 2 4 14
 

Quranic Braille History

 

6 6 2 6 20
 

Quranic Braille Code

 

8 8 2 8 26
Using DBT Software & Perkins Brailler 4 4 2 4 14
Tugasan 10 6 16
Pembentangan 2 4 4 10
Ujian/ Kuiz 2 4 6
Peperiksaan Akhir 8 5 3 16
JUMLAH 26 26 16 32 19 4 3 128
17
Bil Topik Intgrasi Naqli dan Aqli E-Learning
M1 M2 M3 E1 E2 E3 E4 E5 E6 E7 E8
1 Tactile Writing system
2 Braille System
3 Quranic Braille History
4 Quranic Braille Code
5 Using DBT Software & Perkins Brailler

 

INTEGRASI NAQLI DAN AQLI & E-LEARNING

18 RUJUKAN
  1. Al- Quran bi- al- Kitabah al- Arabiyyah al- Nafirah. KL: Pertis. 5 vols
  2. Muhammad Mustaqim Mohd Zarif (2013). Braille al-Quran – Sejarah dan Kaedah. Penerbit USIM.
  3. Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Kod Braille Wasilah Bacaan Al- Quran. Kuala Lumpur: DBP.
  4. A. Kamel Mohamed, M. Mustaqim M. Zarif, K. Anuar Mohamad, M. Alwi Yusoff (2008). Metode Pengajian Braille Al- Quran. Laporan Penyelidikan USIM PPPP(H)/ 2005. Nilai: USIM.