1. NAMA KURSUS SIKAP ORIENTALIS TERHADAP QURAN DAN SUNNAH
2. KOD KURSUS QNR2043
3. PENSYARAH DR. ABDUL RAHMAN OBEID HUSSAIN
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini diperkenalkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang sejarah dan perkembangan orientalis serta perkaitan mereka dengan perkembangan pengajian Al-Quran dan As-Sunnah dan isu-isu yang dibincangkan oleh mereka berkaitan dengannya. Dengan itu diharapkan kursus ini akan melengkapkan pengetahuan pelajar tentang isu-isu berkaitan orientalis dan perkaitan mereka dengan pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 3 / Tahun 2
6. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT) Perjumpaan bersemuka:

 

K T P L
28 28 2

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Jam Bimbingan dan Pembelajaran Kendiri:

 

28+28+2+68=

126

7. NILAI JAM KREDIT 126/40= 3.15 (3 kredit); 2+2
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS 1.     Memperkenalkan sejarah perkembangan orientalis serta aliran-aliran utama mereka dan tokoh-tokoh orientalis yang terlibat dengan bidang pengajian Al-Quran dan As-Sunnah.

2.     Mengkaji serta meneliti pandangan orientalis terhadap Al-Quran dan As-Sunnah serta hasil penulisan dan kajian mereka yang berkaitan dengannya.

3.     Membincangkan dan mematahkan pendapat-pendapat orientalis yang meragukan berkaitan Al-Quran dan As-Sunnah serta meneliti metode dan pendirian mereka dalam menyebarkan keraguan tersebut.

10. HASIL PEMBELAJARAN Setelah menghabiskan kursus ini, para pelajar berupaya untuk:

1.     Meneroka sejarah perkembangan orientalis serta hasil-hasil penulisan utama mereka yang berkaitan dengan Al-Quran dan As-Sunnah. (LO1-C3)

2.     Menjawab tuduhan-tuduhan dan isu-isu yang dibangkitkan oleh orientalis mengenai Al-Quran dan As-Sunnah dengan jelas dan teratur. (LO4 -A2)

3.     Membentuk cara pemikiran yang kritikal dalam membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Orientalis (LO6-A3)

11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar akan mampu memahami kaedah dan metologi yang digunakan oleh para orientalis dalam mengkaji Al-Quran dan As-Sunnah, yang membentuk sikap dan pendirian mereka terhadap kedua-dua sumber ini dan seterusnya menjawab dan menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan sistematik.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

·       Kursus akan diajarkan melalui kombinasi kuliah secara formal, latihan, kerja kumpulan, dengan menggunakan rujukan yang diiktiraf. Penggunaan pemeriksaan dan laporan bertulis akan menilai kemampuan pelajar untuk melaksanakan konsep teori dalam konteks permasalahan yang berkaitan.

Strategi Penilaian:

·         Formatif

·         Sumatif

13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan secara ringkas sejarah kemunculan orientalis serta matlamat mereka, juga akan membincangkan perkara-perkara seperti sikap orientalis terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W, pandangan dan sikap mereka terhadap Al-Quran dan As-Sunnah, contoh dan isu yang ditumbulkan oleh mereka.
14. CARA PENYAMPAIAN Kuliah dan Tutorial (SCL)
15. Kaedah PENILAIAN
Komponen %
Penilaian

·         Laporan bertulis

·         Peperiksaan Pertengahan Semester

 

20

 

30

Peperiksaan Akhir 50
Jumlah 100
16. KERANGKA KURSUS DAN (SLT) SETIAP TOPIK
Topik BERSEMUKA KENDIRI  
Kuliah Tutorial Praktikal/SCL Tugasan Ruj. Pustaka Belajar-sendiri Peperiksaan Akhir JUMLAH SLT
Sejarah perkembangan Orientalism, metodologi dan tokoh-tokohnya. 4 4 2 1 3 14
Penterjemahan Al-Quran oleh Orientalis. 4 4 2 1 3 14
Penyusunan surah-surah Al-Quran mengikut zaman oleh Orientalis. 4 4 2 1 3 14
Kefahaman Orientalis terhadap As-Sunnah dan penulisan Hadis. 4 4 2 1 3 14
Kritikan Orientalis terhadap teks Hadis. 4 4 2 1 3 14
Metodologi Kajian Sejarah Orientalis dalam kajian Sunnah serta sumber-sumber rujukannya. 4 4 2 1 3 14
Pembentukan sikap dan pendirian terhadap Orientalism. 4 4 2 1 3 14
Tugasan 15 15
Peperiksaan Akhir 10 3 13
Total 28 28 29 7 31 3 126
17 RUJUKAN 1.     Affaf Abdul Ghafur. 2004. Mauqiful Mustasyriqin minal Quran was Sunnah. Malaysia: Dar Al-Tajdid.

 

2.     Muhammad Khalifah. 1994. Al-Istisyraq wal Quranul ‘Azim. Kaherah: Darul ‘Itishad.

 

%