1. NAMA KURSUS QIRAAT AMALI I
2. KOD KURSUS QQQ3153
3. PENSYARAH
4. RASIONAL KURSUS TERHADAP PROGRAM YANG DITAWARKAN Kursus ini dibina untuk pelajar tahun tiga dengan matlamat menambah pengetahuan pelajar terhadap pengenalan terhadap qiraat 7 mutawatirah. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada latar belakang ilmu qiraat dan perbezaan kaedah usul bacaan yang wujud di kalangan qurra’ menurut thariq al-Syatibiyyah, seterusnya mengaplikasikan kaedah bacaan tersebut menerusi al-Quran. Pengetahuan terhadap ilmu qiraat ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan bidang quran dan tafsirnya.
5. SEMESTER & TAHUN DITAWARKAN Semester 5/ Tahun 3
6. JUMLAH JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (SLT) Perjumpaan bersemuka:

K T P L
28 28 2

K=Kuliah ; T=Tutorial; P=Praktikal; L=Lain-lain (Peperiksaan)

Jumlah Jam Bimbingan dan Pembelajaran Kendiri:

28+28+2+64=122
7. NILAI JAM KREDIT 122/40= 3.05 (3 kredit); 2+2
8. PRA SYARAT Tiada
9. OBJEKTIF KURSUS 1.     Memperkenalkan pelajar kepada latar belakang ilmu qiraat.

2.     Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada latar belakang ilmu qiraat dan perbezaan bacaan yang wujud dikalangan qurra’ menurut thariq al-Syatibiyyah.

3.     Mengaplikasikan kaedah bacaan qiraat tujuh menerusi juzu’ pertama al-Quran.

10. HASIL PEMBELAJARAN Di akhir semester, pelajar akan berupaya:

1.     Mengikuti bacaan qiraat imam-imam tujuh menerusi Surah al-Fatihah sehingga ayat 141 Surah al-Baqarah. (LO2/P3)

2.     Membentangkan kaedah-kaedah usul bacaan imam-imam tujuh. (LO4/A2)

3.     Membaca al-quran dengan bacaan qiraat imam-imam tujuh berpandukan mushaf qiraat. (LO7/A2)

11. PEMBENTUKAN KEMAHIRAN Pelajar akan mampu memahami ilmu qiraat secara dirayah dan mengenali bibliografi imam-imam qiraat tujuh mutawatirah dan kaedah-kaedah bacaan mereka, seterusnya mampu mengaplikasikan qiraat tujuh menerusi juzu’ pertama al-Quran al-Karim secara jama’.
12. STRATEGI PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Strategi Pengajaran dan Pembelajaran:

  • Kursus akan diajarkan melalui kombinasi kuliah secara formal, latihan, kerja kumpulan, dengan menggunakan rujukan yang diiktiraf. Penggunaan pemeriksaan dan laporan bertulis akan menilai kemampuan pelajar untuk melaksanakan konsep teori dalam konteks permasalahan yang berkaitan.

Strategi Penilaian:

  • Formatif
  • Sumatif
13. SINOPSIS KURSUS Kursus ini membincangkan pengenalan kepada ilmu qira’at, riwayat hidup imam-imam qiraat tujuh beserta para perawi mereka dan kaedah bacaan Qiraat mereka menurut jalan (thoriq) al-Syatibiyyah. Kaedah bacaan setiap imam-imam qiraat tujuh ini akan dipraktikkan menerusi ayat-ayat al-Quran bermula dari Surah al-Fatihah sehingga akhir juzu’ yang pertama. Kaedah yang diguna pakai dalam mempraktikkan bacaan-bacaan tersebut adalah kaedah jama’, iaitu menghimpunkan bacaan-bacaan qiraat tujuh tersebut.
14. CARA PENYAMPAIAN Kuliah dan Tutorial (SCL)
15. CARA DAN JENIS PENILAIAN
Komponen %
Penilaian

·         Partisipasi pelajar

·         Laporan bertulis

·         Peperiksaan Pertengahan Semester Pertama

·         Peperiksaan Pertengahan Semester Kedua

 

10

20

20

10

Peperiksaan akhir 40
Total

100

16. KERANGKA KURSUS DAN SLT SETIAP TOPIK
TOPIK BERSEMUKA KENDIRI PEPERIKSAAN
Kuliah Tutorial Praktikal/SCL Tugasan Ulangkaji Persediaan Penilaian Penilaian Berterusan Peperiksaan Akhir JUMLAH SLT
Pengenalan Ilmu Qiraat 4 4 6 14
Latar belakang Imam-imam Qiraat dan Kaedah Bacaan Mereka 16 16 24 56
Praktikal Kaedah Bacaan Qiraat Tujuh Secara Jama’ 7 8 11 26
Tugasan 8 8
Pembentangan
Kuiz 1 5 6
Peperiksaan Akhir 10 2 12
Total 28 28   8 51 5   2 122
17 RUJUKAN 1.     al-Qadhi, Abd al-Fattah, al-Budur al-Zahirah.

2.     Ismail, Sya’ban Muhammad Al-Qiraat: Ahkamuha wa masdaruha.

3.     Al-Qadhi, Abd al-Fattah. Tarikh al-Qurra’ al-Asharah wa Ruwatuhum.

4.     Sayyid Lashin dan Khalid Muhammad, Taqrib al-Ma’ani fi sharhi Hirz al-Amani.

5.     Al-Shatibi, Hirz al-Amani wa Wajh al-Tahani.